Wednesday, July 12, 2017

Snail Obeys Allah


Gambar : Koleksi peribadi


Kulit buku belakang dan hadapan Snail Obeys Allah
Alhamdulillah, semalam sempat membacakan anak-anak buku Snail Obeys Allah, buku keempat dalam Siri How About You Series. Tapi dalam kalangan anak-anak, mereka panggil Siri Obeys Allah 😉 Subhanallah, jarang kami baca buku mengenai siput.

Dalam setiap buku ini, ada disertakan pengenalan dan panduan membaca buku ini bersama anak-anak yang ditulis oleh penulis, Ummi Shahbatun. Tidak lupa, memang ada disertakan rujukan ayat Quran bagi setiap muka surat.


Rujukan ayat al-Quran yang disertakan

Kali ini saya sempat melihat beberapa ayat Quran tersebut. Masya Allah, sangat menarik dan memang berkaitan dengan cerita. Misalnya, muka surat 1 hingga 3 berpandukan ayat-ayat Quran : 


Muka surat pertama

An-Naml : 64, Ar-Rum : 11, Ali Imran 27 dan 190, An-Nahl : 12, Al-Isra' : 12, Al-Anbiya; : 33, Al-Hajj : 61 dan Furqan : 62.

Kesemua ayat Quran ini mengisahkan tentang permulaan kejadian yang Allah ciptakan dan kejadian siang dan malam.


















Ilustrasi buku ini sangat cantik. Anak-anak juga sukakannya. Dalam buku ini anak suka sekali mengira telur / anak siput. Pada akhir cerita di sertakan kitar hidup siput dan sedikit latihan 😊





Aktiviti kami?

Hanya yang ringkas sahaja. Aktiviti sticker. 


Abang, 4 tahun


Asma', 2 tahun


Kakak, 6 tahun

Insya Allah akan ada susulan aktiviti berdasarkan buku ini. Pastinya misi mencari siput semasa beriadah nanti.



*******************************

Buku ini dijual dalam set berharga RM34.00.
Caj penghantaran Semenanjung Malaysia ialah RM8.00
Caj penghantaran ke Sabah dan Sarawak ialah RM15.00


Boleh baca testimoni Siri Obeys Allah :)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment