Monday, July 17, 2017

Planner Aktiviti Ibu dan Anak


Menjadi ibu bukanlah satu tugas yang mudah. Setiap hari berhadapan dengan aneka ragam anak-anak. Banyak yang tidak terduga namun itulah momen manis yang bakal dikenang dalam hidup 😉 Berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, ibu masih mampu tersenyum dan sentiasa berfikir untuk memberikan yang terbaik.

Nah! Di tangan saya ada sebuah naskah istimewa untuk ibu ayah semua.Planner Aktiviti Ibu dan Anak.




Sungguh, saya teruja menerima naskah ini. Ada banyak perkara menarik hati saya. Planner bersaiz sederhana (lebih kurang 19.7 cm x 26.35cm) dan tebal 302 muka surat. Ia dimulakan dengan kata-kata dari pepatah Arab yang berbunyi :



Ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Apabila engkau telah persiapkan mereka dengan baik, maka sesungguhnya engkau telah mempersiapkan sebuah generasi yang baik dan kuat.

Planner ini berwarna-warni penuh. Bahagia melihatnya ❤ Apa yang ada di dalam planner ini?

🚀Ada sorotan kalendar 2016, 2017, 2018 dan 2019




🚀Kalendar ringkas 2017 dan 2018 - boleh catat dalam kotak kecil di situ




🚀Ada Ramadhan Kids Planner - Yeay!! saya suka yang ini sebab boleh letak idea untuk dibuat dengan anak-anak sepanjang 30 hari berpuasa. 




Dalam gambar ini, saya pakai pensel sebab baru draf sahaja. Nanti boleh tukar-tukar lagi 😄

🚀Ada to do list, tempat yang ingin dituju, matlamat tahunan, dan jadual harian anak. 


Contoh jadual harian kami


🚀Ada contoh penggunaan planner lagi. Awesome! Bagus untuk ibu yang baru belajar nak guna planner macam saya ini 😁




🚀Ada 7 bahagian utama yang ibu-ibu boleh isi iaitu :

🎁 1 - Perancangan / rekod Aktiviti Harian

Di dalam ini ada Jadual Aktiviti Hafazan dan Jadual Aktiviti Harian dan Nota


Sumber gambar :Instagram Planner Ibu Anak


🎁 2 - Sesi Flashcard

Ini memang jarang atau tak pernah lagi saya temui. Ibu-ibu boleh catat masa bila guna kad imbas, berapa kali sehari dan sebagainya. 








🎁 3 - Perkembangan Anak

Boleh dicatat ikut minggu.






🎁 4 - Latihan Pengurusan Diri dan Kerja Rumah

Sangat bagus! Kita boleh fikirkan kemahiran yang kita mahu anak kuasai. Seperti seorang sahabat Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam, Abdullah bin Masud memahami konsep pengulangan atau kebiasaan ini kepada diri anak sehingga akhirnya ia mengarahkan orang tua dalam menghadapi anak-anak dengan berkata : "Biasakanlah anak untuk berbuat baik sehingga kebaikan pun menjadi suatu kebiasaan baginya." 



Contoh catatan saya

🎁 5 - Lawatan Luar (Field Trip)

Yeay! Salah satu sebab saya beli buku ini adanya ruang khusus untuk catat pengalaman berkunjung ke sesuatu tempat. Menarik, bukan?



🎁 6 - Rekod Bacaan Buku (Reading Log)

Aha... ini perkara pertama yang saya lakukan apabila mendapat buku ini 😉 Menarik sekali idea ini. Kita boleh tuliskan buku yang sudah dibacakan kepada anak atau buku yang telah anak baca. Hingga akhir tahun, saya pasti ibu-ibu juga akan teruja melihat ruang kosong ini telah berisi!



Ini buku yang telah saya baca setakat Minggu Ketiga Januari

🎁 7 - Coretan Ibu

Sebenarnya rekod aktiviti anak dan perkembangan mereka telah banyak ditulis di ruang 1 dan 3. Jadi bahagian 7 ini saya gunakan untuk catat sedikit dan tampal gambar yang berkaitan sebagai kenangan. 


Saya pilih untuk lekatkan nota peta minda dua surah yang dihafaz bulan ini

Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan Planner Aktiviti Ibu dan Anak ini! Ibu-ibu boleh merancang aktiviti lebih awal atau catatkan selepas selesai beraktiviti dengan anak. Yalah, kadang-kadang idea spontan itu lebih menarik dan mengujakan anak-anak!

Gunalah Planner Aktiviti Ibu dan Anak ini bagi membolehkan hari kita berlalu dengan yakin dan gembira. Tak perlu risau lagi dengan kerenah anak yang pelbagai ragam. Kini, dengan merancang dan menulis kita mampu eratkan lagi hubungan dengan anak.

Semoga anda juga beroleh kebaikan dan manfaat daripada planner ini. Tahniah tim Planner Aktiviti Ibu dan Anak kerana berjaya menerbitkan buku yang bagus untuk kami 😅


========================

Ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan Planner Aktiviti Ibu dan Anak,boleh hubungi saya www.wasap.my/60133613516. Harga planner RM45.00 belum termasuk kos penghantaran. Insya ALLAH ada free gift untuk sesiapa yang membeli planner ini dengan saya. 


========================

Jumpa lagi!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment