Wednesday, July 12, 2017

Seed Obeys Allah



Alhamdulillah, terbit sudah buku kedua dalam siri Obeys Allah. Sebelum ini buku pertama bertajuk Water Droplet Obeys Allah telah terbit pada Julai 2016. Penulis bernama Shahbatun binti Abu Bakar dan Nordin Endut menerbitkan buku bahasa Inggeris ini bertunjangkan akidah dan sasaran kepada anak-anak kecil.


Anak-anak saya nampaknya sangat sukakan buku Seed Obeys Allah ini. Mereka nampak ralit dan bersungguh mengikuti perjalanan biji benih ini bermula dari percambahan awal kepada pertumbuhannya yang akhirnya menjadi sekuntum bunga matahari. Kemudian, kitar hidupnya bermula semula. Subhanallah.


Apabila diilustrasikan kembali ia menjadi menarik dan lebih mudah menerangkan konsep kepada mereka. Apa yang lebih istimewa ialah cerita ini mengaitkan semua kejadian dengan kekuasaan Allah subhanahu wa taala.









Kitaran biji benih ditunjukkan di akhir cerita.




Ada lembaran aktiviti di akhir buku.


Buku ini dijual dalam set berharga RM34.00. Caj penghantaran ialah RM8.00 bagi semenanjung Malaysia dan RM15.00 bagi Sabah dan Sarawak.

Boleh lihat testimoni set Obeys Allah.

Jom, bacakan anak buku!




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

No comments:

Post a Comment