Monday, July 17, 2017

Suri Hati Mr Husband


Suri Hati Mr, Husband bukanlah sebuah novel. Ia adalah bingkisan indah buat semua suri rumah mahupun suri berkerjaya. Istimewanya, para suami dan bakal suri juga elok menekuni buku ini.

Ia bukanlah sebuah buku yang mengatakan suri rumah itu yang terbaik tetapi sebenarnya keazaman untuk menjadi yang terbaik walau apa jua jawatan yang disandang. 

Namun, ingatan demi ingatan yang dicoretkan membuatkan hati terasa sebak. Ada getar dalam jiwa. Dalam kebanyakan catatan, memang merupakan isi hati sendiri. Ya, mungkin ini jugalah yang ada di lubuk hati sebahagian besar para isteri dan ibu di luar sana.

Bezanya, Allah telah lorongkan jalan buat Kak Nur (penulis) lebih awal dengan cara yang manis sekali. 

Kak Nur ialah seorang guru di sebuah sekolah di Labuan. Mengikut perancangan beliau mahu bersara selepas 15 tahun berkhidmat namun siapa sangka Allah telah memberi jalan keluar hanya selepas 6 tahun beliau berkhidmat. 

Niat yang jelas diadukan pada Allah saban malam. Bukanlah tugasan guru ini membebankan namun beliau memikirkan tanggungjawab hakiki yang lebih utama bagi dirinya - hak suami dan anak-anak.

Memetik kata beliau : 

Berhenti kerja bukan sekadar satu pengorbanan besar tetapitanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Saya tertarik dengan doa yang dititipkan :


Ya Allah, 

aku memohon kepada-Mu
segala kebaikan agar aku 
menjadi sebaik-baik hamba-Mu yang solehah, 
sebaik-baik isteri dan suri di hati suami
dan anak-anak

Ya Allah,

Jauhkanku daripada sifat-sidat tercela yang akan
membawa kemurkaan-Mu dan kemarahan suamiku

Ya Allah Yang Maha Penyayang
Binakan mahligai syurga untuk kami terus
bersama berkasih sayang dalam rahmat-Mu.

Amin...😢

Kak Nur memberikan perspektif berbeza tentang rezeki si suri rumah yang tidak berslip gaji ini. Beliau merasakan keberkatan rezeki bertambah setelah menjadi suri rumah. Sedikit yang mencukupi, banyaknya dapat dikongsi.

Bersyukurlah dengan banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi kerana Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Subhanallah. Benar sekali. Tetapi kerap kali juga kita alpa. Merungut tidak cukup itu ini, berkira-kira membuat sesuatu, tidak puas hati dengan begitu begini. Allahu akbar.

Beliau berkongsi tip yang istiqamah diamalkan iaitu menunaikan solat sunat fajar, beristighfar, bersedekah, melazimi al-Quran dan menghafaz al-Quran.

Sememangnya antara tujuan beliau menjadi suri rumah ialah ingin mengajar sendiri anak-anak al-Quran dan menghafaznya. Masya Allah tabarakallah, anak sulung beliau sudah dapat menghafaz 4 juzuk al-Quran setakat ini. Menjadi inspirasi buat diri saya yang kerdil. 

Beliau menunjukkan contoh tauladan yang terbaik buat anak-anak dengan menunjukkan kesungguhan bangun malam, membaca dan menghafaz al-Quran. Beliau mencabar diri sendiri memasuki pertandingan hafazan sehingga berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan. Anak-anak pasti gembira dan melihat itu sebagai suntikan motivasi buat mereka untuk terus belajar.

Semoga Allah memberkati Kak Nur sekeluarga. Barakallahufikum.

*******************************************
Harga buku RM17.00
Kos pos semenanjung RM10.00
Kos pos ke Sabah Sarawak RM13.00

*******************************************


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

The Signs of Allah's Might


Sebenarnya teruja dengan buku yang bakal terbit nanti ; The Signs of Allah's Might yang ditulis oleh Ummi Shahbatun Abu Bakar dan suaminya, Nordin Endut. 



Saya difahamkan semua buku terbitan ummi ini sebenarnya ialah idea asal dan bahan asal yang direka oleh mereka suami isteri ketika mengajar anak-anak membawa semasa kecil dahulu. Masya Allah! Idea yang sangat bernas. Kini, ummi berpeluang menerbitkan buku-buku ini untuk manfaat masyarakat umum.

Untung anak-anak sekarang. Ada banyak buku yang membantu ibu bapa menerangkan tauhid kepada Allah selain merangsang minat anak membaca sejak awal usia. Insya Allah.

Siri ini mengandungi 7 buah buku yang terdiri daripada :

Buku 1a : Allah's Creation







Glosari

Buku 1b : What is That?






Buku 1c : Who Makes Me?






Buku 1d : Only Allah Can Make Me

Buku 1e : Who Am I?

Buku 1f : Look At Me

Buku 1g : Is There Other God Besides Allah?


Menarik, bukan? Buku ini dijangka terbit sekitar Ogos 2017. Jika berminat untuk mendapatkan buku ini boleh masuk senarai pre-order dengan saya. Tidak perlu deposit. Hanya beri nama dan nombor telefon. Selepas siap cetak, saya akan maklumkan. 

Psst...pakat dengan anak untuk beli buku ini pun boleh. Labur sedikit duit raya mereka 😉 

Bagi yang berminat untuk pembelian pusat sumber sekolah, tadika mahupun persendirian sangat dialu-alukan.

Boleh hubungi saya 013-361 3516 (Aina) 😊


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Buku Dr Khaleefa and Friends : Islamic Adventures In Phonics Town



Elok sahaja lepas raya ini banyak buku menarik yang keluar di pasaran. Duit raya anak dah simpan dalam bank? Boleh juga sekiranya melabur untuk pendidikan anak-anak. Jom tengok buku baru yang comel ini.


 💖💖💖💖💖💖💖💖💖

DR KHALEEFA AND FRIENDS: ISLAMIC ADVENTURES IN PHONICS TOWN 
Sticker and Activity Book 
💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Buku ini adalah buku Sticker dan Aktiviti Islamik untuk prasekolah dan menggunakan bahasa Inggeris. Ia berkisar tentang Dr Khaleefa dan rakan-rakannya dalam pengembaraan Islamik mereka di Phonics Town.Pengembaraan mereka direka supaya mengandungi banyak aktiviti prasekolah yang menyeronokkan.

Dan yang paling penting, ia adalah satu perjalanan kesyukuran dan kebergantungan kepada Allah swt. Buku ini adalah "one stop centre" untuk semua. Ia meliputi abjad Bahasa Inggeris, nombor & mengira, huruf hijaiyah dan pendidikan Islam. Sebuah buku yang sesuai didedahkan untuk pembelajaran anak-anak kecil. 

Lagi ciri-ciri buku:

Pengembaraan di bandar Phonics - Peta Phonics Town disediakan untuk membimbing pengembaraan. Mengaplikasikan konsep 'Look and Find'. 



Pendidikan Islam dan Pengaruh Islamik di sepanjang pengembaraan iaitu solat & wudhu', doa, zikir dan lain-lain. Ilustrasi solat dan wudhu turut disediakan. 



Storytime bersama Dr Khaleefa adalah berdasarkan kisah kebergantungan penulis kepada Allah swt ketika penulis masih kecil. Sesuai juga untuk mengingatkan kembali kisah kebergantungan anda kepada Allah swt supaya menjadi inspirasi buat anak anda.



Mengandungi pelbagai tema dan situasi seperti yang disarankan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan ada menyentuh elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Contoh tema adalah badan manusia,rumah,tumbuhan,haiwan,makanan,pengangkutan, pekerjaan dan banyak lagi!



Mengandungi lebih daripada 80 aktiviti untuk prasekolah & lebih 500 sticker sesuai untuk aktiviti kemahiran motor halus anak anda. Dari yang mudah kepada yang mencabar minda anak kecil. Semuanya ada.

Sesuai untuk prasekolah, tadika & kanak-kanak sekolah rendah. Khusus untuk kanak-kanak berusia 4-7 tahun. Aktiviti edukational melibatkan pengenalan abjad dan nombor, membaca, menulis, mengira, menyusun, mengkategorikan dan lain-lain.



Ilustrasi watak yang menarik untuk membuat anak-anak kecil riang gembira

 Mengandungi 79 muka surat yang berwarna warni.



Kandungan di dalam buku ini :


KeluarkaContents of Dr Khaleefa's book:

Pg 1: Introduction
Pg 2: Introduce Yourself
Pg 3: Welcome to Phonics Town!
Pg 4: Apple Farm
Pg 5: Learn the Alphabet
Pg 6: Find Wrong Reflection
Pg 7: Picnic at the Park
Pg 8: Bakery
Pg 9: Where’s the Apple?
Pg 10: Classroom
Pg 11: Dr Khaleefa’s Birthday
Pg 12: Word Search
Pg 13: Find the Vowel
Pg 14: Farm Animal
Pg 15: Dr Khaleefa’s Story 1
Pg 16: Shapes in Gemstones
Pg 17: Zikr Subhanallah,Alhamdulillah,Lailahaillallah,Allahu Akhbar
Pg 18: Uppercase and lowercase
Pg 19: Mixed-up Picture
Pg 20: Arabic Alphabet Chart
Pg 21: Du’a before Eating
Pg 22: Shopping
Pg 23: Wheel of Pet
Pg 24: House
Pg 25: Alhamdulillah Board Game
Pg 26: Insects
Pg 27: Joining the Dot
Pg 28: Laundry Room
Pg 29: Parts of a Plant
Pg 30: Match the Arabic Alphabet
Pg 31: It’s Storytime!
Pg 32: Look and Find the Arabic Alphabet
Pg 33: Find the Arabic Number
Pg 34: Library
Pg 35: Steps in Wudu’
Pg 36-37: Positions during and after Solah
Pg 38: Mosque
Pg 39: Dr Khaleefa’s Story 2
Pg 40: Weather
Pg 41: Find the Huruf
Pg 42: Size Sequencing
Pg 43: Dr Khaleefa’s Story 3
Pg 44: Malaysian Food
Pg 45: Color the Clothes
Pg 46: Complete the Pill Pattern
Pg 47: Arabic Maze
Pg 48: Beauty Salon
Pg 49: Hide and Seek
Pg 50: Match the Shapes
Pg 51: Trace the line
Pg 52: Shapes of Traffic Signboards
Pg 53: Planet and Star
Pg 54: Odd One Out
Pg 55: Choose the Correct Path
Pg 56: Stationery
Pg 57: Find Hidden Undersea Animals
Pg 58: Tea Party and Cupcakes
Pg 59: Dr Khaleefa’s Story 4
Pg 60: Underwater World
Pg 61: Draw the Spider!
Pg 62: Vegetable Market
Pg 63: Four Seasons
Pg 64: Transportation
Pg 65: Match the Close-Ups
Pg 66: Find the Correct Shadow
Pg 67: Know Your Body Parts
Pg 68: Trace the Alphabets in Alphabetical Order
Pg 69: Butterfly Life Cycle
Pg 70: Ice cream
Pg 71: Match the Shadow
Pg 72-73: Occupations
Pg 74: Zoo
Pg 75: Award Certificate


Banyak, kan? Insya Allah berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Harganya RM60.00 sebuah (belum termasuk kos pos). Berminat, boleh hubungi saya www.wasap.my/60133613516 😉


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Planner Aktiviti Ibu dan Anak


Menjadi ibu bukanlah satu tugas yang mudah. Setiap hari berhadapan dengan aneka ragam anak-anak. Banyak yang tidak terduga namun itulah momen manis yang bakal dikenang dalam hidup 😉 Berbekalkan semangat dan kesabaran yang tinggi, ibu masih mampu tersenyum dan sentiasa berfikir untuk memberikan yang terbaik.

Nah! Di tangan saya ada sebuah naskah istimewa untuk ibu ayah semua.Planner Aktiviti Ibu dan Anak.




Sungguh, saya teruja menerima naskah ini. Ada banyak perkara menarik hati saya. Planner bersaiz sederhana (lebih kurang 19.7 cm x 26.35cm) dan tebal 302 muka surat. Ia dimulakan dengan kata-kata dari pepatah Arab yang berbunyi :



Ibu adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Apabila engkau telah persiapkan mereka dengan baik, maka sesungguhnya engkau telah mempersiapkan sebuah generasi yang baik dan kuat.

Planner ini berwarna-warni penuh. Bahagia melihatnya ❤ Apa yang ada di dalam planner ini?

🚀Ada sorotan kalendar 2016, 2017, 2018 dan 2019




🚀Kalendar ringkas 2017 dan 2018 - boleh catat dalam kotak kecil di situ




🚀Ada Ramadhan Kids Planner - Yeay!! saya suka yang ini sebab boleh letak idea untuk dibuat dengan anak-anak sepanjang 30 hari berpuasa. 




Dalam gambar ini, saya pakai pensel sebab baru draf sahaja. Nanti boleh tukar-tukar lagi 😄

🚀Ada to do list, tempat yang ingin dituju, matlamat tahunan, dan jadual harian anak. 


Contoh jadual harian kami


🚀Ada contoh penggunaan planner lagi. Awesome! Bagus untuk ibu yang baru belajar nak guna planner macam saya ini 😁




🚀Ada 7 bahagian utama yang ibu-ibu boleh isi iaitu :

🎁 1 - Perancangan / rekod Aktiviti Harian

Di dalam ini ada Jadual Aktiviti Hafazan dan Jadual Aktiviti Harian dan Nota


Sumber gambar :Instagram Planner Ibu Anak


🎁 2 - Sesi Flashcard

Ini memang jarang atau tak pernah lagi saya temui. Ibu-ibu boleh catat masa bila guna kad imbas, berapa kali sehari dan sebagainya. 








🎁 3 - Perkembangan Anak

Boleh dicatat ikut minggu.






🎁 4 - Latihan Pengurusan Diri dan Kerja Rumah

Sangat bagus! Kita boleh fikirkan kemahiran yang kita mahu anak kuasai. Seperti seorang sahabat Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam, Abdullah bin Masud memahami konsep pengulangan atau kebiasaan ini kepada diri anak sehingga akhirnya ia mengarahkan orang tua dalam menghadapi anak-anak dengan berkata : "Biasakanlah anak untuk berbuat baik sehingga kebaikan pun menjadi suatu kebiasaan baginya." 



Contoh catatan saya

🎁 5 - Lawatan Luar (Field Trip)

Yeay! Salah satu sebab saya beli buku ini adanya ruang khusus untuk catat pengalaman berkunjung ke sesuatu tempat. Menarik, bukan?



🎁 6 - Rekod Bacaan Buku (Reading Log)

Aha... ini perkara pertama yang saya lakukan apabila mendapat buku ini 😉 Menarik sekali idea ini. Kita boleh tuliskan buku yang sudah dibacakan kepada anak atau buku yang telah anak baca. Hingga akhir tahun, saya pasti ibu-ibu juga akan teruja melihat ruang kosong ini telah berisi!



Ini buku yang telah saya baca setakat Minggu Ketiga Januari

🎁 7 - Coretan Ibu

Sebenarnya rekod aktiviti anak dan perkembangan mereka telah banyak ditulis di ruang 1 dan 3. Jadi bahagian 7 ini saya gunakan untuk catat sedikit dan tampal gambar yang berkaitan sebagai kenangan. 


Saya pilih untuk lekatkan nota peta minda dua surah yang dihafaz bulan ini

Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan Planner Aktiviti Ibu dan Anak ini! Ibu-ibu boleh merancang aktiviti lebih awal atau catatkan selepas selesai beraktiviti dengan anak. Yalah, kadang-kadang idea spontan itu lebih menarik dan mengujakan anak-anak!

Gunalah Planner Aktiviti Ibu dan Anak ini bagi membolehkan hari kita berlalu dengan yakin dan gembira. Tak perlu risau lagi dengan kerenah anak yang pelbagai ragam. Kini, dengan merancang dan menulis kita mampu eratkan lagi hubungan dengan anak.

Semoga anda juga beroleh kebaikan dan manfaat daripada planner ini. Tahniah tim Planner Aktiviti Ibu dan Anak kerana berjaya menerbitkan buku yang bagus untuk kami 😅


========================

Ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan Planner Aktiviti Ibu dan Anak,boleh hubungi saya www.wasap.my/60133613516. Harga planner RM45.00 belum termasuk kos penghantaran. Insya ALLAH ada free gift untuk sesiapa yang membeli planner ini dengan saya. 


========================

Jumpa lagi!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak